SISTEM UNTUK MEMBANTU ANDA

Versi Mobile :

Akses melalui Telefon Bimbit

Akses melalui Google Chrome, IE, Mozilla, Opera

 

 

Kementerian Pendidikan Malaysia

1BestariNet

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Portal Rasmi HRMIS

eduWebtv

e-Guru KPM



 

UNIT AMALAN PROFESIONAL

PENGENALAN

Unit Amalan Profesional bertanggungjawab mengendalikan program-program Unit Amalan Profesional dan komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Pendidikan guru serta pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima semasa pengajian di IPG dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.

Program Praktikum menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu kemahiran dan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran sendiri. Hasil pengalaman dan proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan ilmu binaan (situational knowledge) dan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka. Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat development, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.

Semasa pelaksanaan praktikum, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPG dan sekolah. Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan sistem latihan terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme keguruan.

 

OBJEKTIF

Melalui program amalan praktikum, diharapkan pelajar akan dapat :-

i) Memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional perguruan.

ii) Membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti.

iii) Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid.

iv) Menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

v) Menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran dan pembelajaran.

vi) Menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran

vii) Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru.

viii) Membuat refleksi / renungan, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas guru

ix) Membina teori tersendiri (peribadi, ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional perguruan).

 

  Pengurusan Laporan Pemantauan Praktikum

Membantu semua pihak khasnya para pensyarah dalam menyediakan laporan secara mudah, cepat dan mengikut format yang dikehendaki........

Bacaan Lanjut

 Hubungi Kami

Memberi analisis berhubung laporan pemantauan praktikum dengan lebih berkesan dan berkualiti ...